Benar kata orang, rezeki itu ada di mana-mana. Tertutupnya satu pintu, akan ada satu pintu lain yang terbuka luas. Apa yang penting adalah kesungguhan dan doa yang berterusan.
Mungkin itu pengajaran yang boleh diambil daripada kisah seorang bapa yang diberhentikan perkhidmatannya daripada sebuah syarikat penerbangan, namun tidak menjadikan itu sebagai penghalang untuknya mencari rezeki buat keluarga.
Lelaki yang dikenali sebagai Zullifan Che Din itu, baru sahaja memulakan tugas sebagai pemandu teksi beberapa hari yang lalu.
Difahamkan, dia sebelum ini merupakan seorang kru penerbangan.
Anak Zullifan, Mohd Zulhelmi, memviralkan kisah bapanya itu di akaun Facebooknya, sebagai satu inisiatif membantu bapanya itu mendapatkan lebih ramai penumpang.
Lepas hampir setahun diberhentikan MAS, dua hari lepas Abah mulakan kerjaya baru sebagai pemandu teksi.Kalau ada…
Posted by Mohd Zulhelmie on Thursday, 4 February 2016
Baru empat hari, kisah kecekalan Zullifan tersebar luas di laman sosial, sekali gus menerbitkan rasa kagum orang ramai.
Malah ramai juga yang memuji usaha Zulhelmi ‘mengiklankan’ teksi bapanya, yang dilihat boleh menjadi strategi promosi paling berkesan.
Status di akaun Facebook Zulhelmi sudah menerima lebih 3,000 perkongsian dengan lebih 21 ribu likes.