Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki bersiar-siar bersama keluarganya bertukar detik cemas apabila separuh tapak kaki kiri kanak-kanak itu terputus selepas tersepit pada tangga eskalator dalam satu kejadian di KL Sentral di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa berusia empat tahun itu bersama keluarganya dikatakan sedang turun ke aras bawah menuju ke Keretapi Tanah Melayu (KTM) komuter sebelum insiden terbabit berlaku.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, ahli keluarga mangsa serta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak tersebut, bagaimanapun, separuh daripada tapak kaki kirinya telah terputus dan tersepit pada tangga eskalator tersebut.
Katanya, kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur oleh pihak ambulans untuk menerima rawatan lanjut.
Ya Allah…kanak2 hilang separuh tapak kaki kerana tersepit eskalator di KL Sentral. Kita doakan semoga semuanya selamat.
Posted by Wowberita (Official) on Monday, 8 February 2016