Sebuah laman blog pro Parti Amanah Negara, Alhusseyn51 dalam artikelnya dua minggu lalu mendakwa, terdapatnya seorang Ahli Parlimen dari PAS yang tidak membuat bayaran setelah menonton siaran porno berbayar di biliknya sewaktu lawatan kerja beberapa wakil parlimen ke Jerman dua tahun lalu.
Walaupun tidak menamakan wakil rakyat PAS tersebut di dalam entrinya, penulis blog berkenaan seakan-akan memberikan klu dengan menamakan kesemua delegasi-delegasi jemputan yang terlibat dalam program jemputan Kerajaan Jerman pada Januari 2014 yang bertemakan “Pemisahan Kuasa dan Peranan Pembuat Dasar Menurut Demokrasi Berparlimen”.
Antara delegasi-delegasi jemputan merupakan menteri-menteri yang mewakili parti Barisan Nasional manakala jemputan dari pihak pembangkang terdiri daripada parti PKR, PAS dan DAP.
Menurut blog tersebut, wakil PAS berkenaan gagal menghadirkan diri sewaktu lawatan dan mesyuarat kerana demam dan hanya berehat di bilik.
Blog itu turut mendakwa wakil DAP terkejut mendapati bil hotel tertera cas yang dikenakan ke atas bilik wakil PAS kerana menonton filem porno.
“Bila sampai di jerman, masa nak gi melawat dan meeting, si ulama muda PAS ni demam, jadi stay jer dalam bilik… jadi pemimpin muda DAP saja yg mengiringi lawatan dan meeting tersebut, bila dah habis lawatan dan check out hotel, bila tiba si pemimpin muda DAP nak bayar bil hotel, beliau terkejut bila dalam bil hotel tersebut ada termasuk charge menonton porn pay per view waktu siang… jadi bila si pemimpin muda DAP mintak duit suh bayar apa yg beliau dah menonton, katanya takder duit.. jadi terpaksa la si pemimpin muda DAP ni bayarkan juga sebab dah langgan”
Penulis blog turut melampirkan sekeping gambar yang menunjukkan ketiadaan wakil PAS sewaktu kesemua delegasi bergambar bersama dengan sindiran, “Patutlah mangkuk tu tidak ada dalam gambar tu”…
Bagaimanapun, identiti sebenar siapa ahli Parlimen PAS itu masih belum diketahui.