Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Kecewa Sikap Pemandu, PDRM Mungkin Naikkan Kadar Saman – KPN

$
0
0

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kecewa dengan sikap pengguna jalan raya apabila statistik Ops Selamat 8 tidak menunjukkan sebarang penambahbaikan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata saman maksima RM300 seolah-olah begitu mudah dibayar oleh pesalah jalan raya.

“PDRM akan terus menguatkuasakan undang-undang jalan raya dan seperti mana saya sebut sebelum ini, kita tidak akan memberi apa-apa pengurangan dari segi kompaun terhadap sebarang pelanggaran peraturan jalan raya.

“Kita akan meningkatkan penguatkuasaan kerana penguatkuasaan sahaja saya rasa yang mungkin boleh mengubah sikap orang dan kemungkinan kita akan cadangkan supaya jumlah kompaun ini dipertingkatkan kerana RM300 ini nampaknya semua rasa macam ‘kacang’ je dia bayar,” katanya kepada media selepas menerima sumbangan kereta Perodua Axia di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Justeru, Khalid berkata pertambahan jumlah kompaun dilihat bakal memberi kesan sekaligus mampu mengubah sikap pengguna jalan raya.

Tegasnya, sepanjang Ops Selamat 8 sempena Tahun Baru Cina kali ini, kesalahan sama berulang kali dilakukan pengguna jalan raya seperti memandu melebihi had laju, menggunakan laluan kecemasan selain melanggar lampu isyarat.

“Saya rasa Ops Selamat ini tidak menampakkan apa juga penambahbaikan dari segi bilangan kemalangan terutama kemalangan maut.

“Jadi kita sedar bahawa pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya juga menyumbang kepada peningkatan jumlah kemalangan, tetapi apa yang kami runsingkan adalah sikap,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997