Lapan mangsa yang dirawat di Hospital Selayang selepas terlibat dalam kemalangan bas di Genting Highlands pada Rabu lepas dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Pengarah Hospital Selayang, Dr. Siti Zaleha Mohd. Salleh berkata, semua mereka iaitu tiga rakyat tempatan, tiga warga Bangladesh dan dua warga Indonesia kini beransur pulih dan ada dalam kalangan mereka dijangka dibenarkan pulang dalam masa terdekat.
“Ada yang ditempatkan di wad ortopedik dan wad surgikal mengikut kecederaan dan keperluan rawatan masing-masing.
“Setakat malam tadi, kesemua mangsa masih dirawat di hospital ini walaupun kita diberitahu ada antara warga asing berkenaan mahu dipindahkan ke hospital swasta,” katanya ketika dihubungi semalam.