Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Kerja Berat Bayar Murah, Ingat Kami Ni Bangla Ke?’

$
0
0

Saya bukanlah menyokong menteri (TPM), tetapi saya ada pengalaman ‘buruk’ membayar 30 orang lokal dengan upah RM100 setiap seorang untuk kerja-kerja perpindahan gym saya.

Bermula dari jam 9 pagi sehingga 5 petang, barang-barang tak siap naik lori lagi. Jam 6 petang, lori jalan ke lokasi gym baru. Tetapi mereka semua sudah tidak mahu bekerja.

“Kalau encik nak suruh kami bekerja, encik kena bayar OT (Overtime),” kata mereka.

Aduhh! Dalam perjanjian, pindah barang dari lokasi A ke lokasi B. Sekarang, bila barang sudah sampai, mereka tak nak teruskan pula. Mereka turunkan saja dari lori dan meminta duit upah.

Bayangkanlah rasa kecewanya saya pada ketika itu dan tidak tahu nak buat macam mana. Tiada orang yang mahu mengangkat barang naik. 30 orang itu pula terus mendesak meminta duit bayaran sebab mereka mahu balik. Saya terpaksa juga membayar mereka.

Selepas itu saya termenung dan berfikir yang saya mungkin terpaksa tidur di bawah bangunan tersebut pada malam itu untuk menjaga barang-barang tersebut. Esok baru fikir macam mana nak bawa semua barang naik ke atas.

Di saat saya sedang termenung, datang seorang lelaki Rohingya (Myanmar muslim).

“Abang, ini barang apa bikin?” soalnya.

“Ini barang untuk gym,” saya jawab sambil menunjukkan muscle dan dia mengangguk faham.

Lantas saya mendapat idea dan bertanya pada dia.

“Awak nak kerja tak?” soal saya dengan harapan dia menerima tawaran itu.

“Kerja apa abang?” dia tanya.

“Ini semua barang, angkat naik ke atas,” saya kata padanya.

“Ini saja ka?” soalnya lagi.

“Awak panggil 10 kawan-kawan awak datang, saya bayar RM30 seorang,” tawar saya pada dia.

Saya tiada duit cash pada masa itu. Itu saja yang saya mampu tawarkan pada dia. Tadi semua duit sudah dibayarkan pada 30 warga lokal yang yang buat kerja tak habis.

“Okay abang, saya tanya kawan dulu. Abang tunggu okay?” pintanya.

Tidak beberapa lama kemudian, lelaki Rohingya itu kembali dengan 4 orang rakannya yang hanya memakai pelikat dan baju singlet sahaja.

“Eh? Saya kata 10 orang, ini baru 5 orang. Saya mahu 10 orang,” tegas saya.

“Ini saja ka barang?” mereka bertanya lagi.

“Iya, ini saja barangnya. Tetapi barang-barang ini berat. Awak cuba angkat,” saya sudah mula kurang yakin dengan kemampuan mereka berlima.

Mereka berbincang seketika, kemudian lelaki pertama yang bertemu dengan saya berkata, mereka mahu dibayar dengan gaji 10 orang tetapi kerja dilakukan oleh 5 orang sahaja.

“Maksud awak, nak RM60 seorang la? Hahaha! Tetapi barang ini berat, boleh ke angkat?” soal saya lagi.

Buat kali ke berapa entahnya, mereka bertanya apakah ini saja barang yang perlu diangkat. Saya pun jawab “Ya, ini sahaja.”

Selepas mereka bersetuju, saya pun kata “Janji semua barang kena naik malam ini juga, baru saya bayar,”. Mereka angguk setuju.

Bai, spinning bike saya itu, budak Melayu sado-sado angkat tiga orang. Tetapi mereka letak di bahu seorang saja dan angkat naik ke tingkat tiga, 5 staircase. Dia baca bismillah, jalan.

Tercenggang saya dibuatnnya!

Budak-budak KL yang datang buat installation di atas pun terkejut tengok mereka bawa naik barang. Tak pernah mereka tengok manusia buat kerja seperti ini.

Turun, angkat lagi, turun naik turun naik, 2 jam kemudian, settle semua barang. 2 jam sahaja. 2 jam sahaja semua barang dibawa naik oleh 5 orang. Gila!

Saya pergi keluarkan duit lagi, saya bayar setiap seorang RM70. Mereka semua gembira!

RM3,000 saya bayar orang angkat barang, 9 pagi – 5 petang tak selesai dan pulang begitu saja, kerja pula tidak disiapkan seperti yang dijanjikan. Mereka siap minta bayaran OT seperti kerja di pejabat.

Saya bukan tidak mahu support orang kita sendiri tetapi saya sudah mendapat padahnya. Kita orang berniaga kena minimize cost dan maximize profit. Saya rela bayar tinggi pada orang-orang lokal kerana memikirkan dari duit terlepas pada orang lain, biarlah bangsa saya sendiri yang dapat.

Tetapi bila kena ‘lipat’ dengan bangsa sendiri, entahlah nak cakap apa. Apa-apa pun itulah adat berniaga. Saya tidak kisah, tetapi saya ingat dan saya tak lupa.

Cerita saya ini bukan nak menunjukkan yang semua Melayu itu adalah pemalas dan bukan juga nak menunjukkan semua pendatang itu baik. Kita kena tafsir dengan bijak semasa membaca cerita orang. Cerita ini cerita tentang kudrat orang Myanmar yang buat kerja untuk saya berbanding dengan 30 orang lokal.

Jangan salah faham, 30 orang itu bukan pemalas. Mereka buat kerja, melaksanakan tugas tetapi tidak dapat siapkan kerja kerana keletihan. Sebab itu saya tetap bayar walaupun mereka tidak siapkan kerja.

Nak menjadi Melayu bangsat mudah saja, tak siap kerja nak minta duit apa kan? Tapi jadi bangsatlah kalau saya buat begitu.

Saya kecewa sebab mereka tidak boleh menepati janji. Kalau saya, tak tergamak saya minta duit. Kalau saya, tengok tokey muram barang-barang melonggok di depan tangga, tak ada orang bawa naik, saya fikir panjang macam mana nak tolong. Tetapi mereka bukan saya, jadi hadap sajalah.

Saya bukan ahli mana-mana parti, tak pernah berdaftar. Tetapi PRU13 saya sudah mengundi. Adakah saya menyokong 1.5 juta warga Bangladesh masuk ke Malaysia? Tidak


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997