Seorang wanita berusia 50 tahun menjadi sensasi di media sosial disebabkan wajah dan bentuk badannya persis gadis muda, jauh berbeza dengan wanita sebayanya.
Qin Ling, ibu kepada dua anak perempuan dan mempunyai seorang cucu itu menjadi terkenal selepas anaknya mengatur sesi bergambar sebagai hadiah hari jadi pada Ogos tahun lepas.
Gambar itu kemudiannya dimuatnaik dalam media sosial dan mendapat perhatian ramai hinggakan ada anak muda yang mahu memikatnya.
Namun Qin Ling tidak berminat dengan anak muda itu disebabkan faktor umur sebaliknya dia mencari lelaki yang lebih tua untuk menghabiskan hidup bersama-sama.
Ditanya mengenai rahsia kecantikannya, Qin Ling berkata dia tidak mempunyai wang untuk menjaga wajah dan penampilannya, kerana sebagai ibu tunggal dia terpaksa membesarkan anak-anaknya.
“Saya menepuk-nepuk muka setiap hari dan tidur berbogel sekali seminggu.
“Saya juga membuat `mask’ daripada timun, yogurt, madu dan serbuk mutiara, yang nyata memberikan kesan,” katanya.
Nenek itu juga akan muncul dalam program TV Mamma Mia, di mana kaum ibu akan menunjukkan bakat mereka.