“Bini (isteri) aku kena raba, korang (menteri) buat apa?” soal vokalis pemuzik jalanan Genji Buskers, Mustam Mustapa apabila isterinya dicabul oleh lelaki yang dipercayai warga Nepal.
“Bapak-bapak menteri sekalian, anak ‘korang’ mungkin ada ‘bodyguard’ (pengawal peribadi). ‘Kitaorang’ rakyat jelata marhaen, biasa ni nak jalan sudah tidak selamat. Hendak cari makan dah tak selamat.”
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita setelah selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, malam tadi.
Dalam kejadian di pusat membeli belah Sogo sekitar jam sembilan malam, maruah isterinya diaibkan semasa mereka sedang bersiap mencari rezeki.
“Isteri saya yang dalam keadaan bertudung litup ini menjadi mangsa dipeluk, dicabul.
“Jangan fikir levi lah,” pesannya kepada kepimpinan negara dalam nada tegas, merujuk kepada rancangan pemerintah untuk membawa masuk pekerja warga Bangladesh ke negara ini. Dilaporkan 1.5 juta warga Bangladesh telah berdaftar untuk merebut peluang bekerja.
“Jangan fikir untunglah, fikir rakyat Malaysia. Kita nak hidup,” ujarnya.
“Harap pak menteri semua ambil tindakan lah ya, saya sudah buat laporan polis. Saya tak nak f**k government, saya (hanya) nak hidup aman damai. Malaysia dah tak aman!”