Suami isteri di Kampung Bukit Temalong, Bachok menerima kejutan menyedihkan apabila rumah mereka musnah terbakar sebaik pulang dari masjid, petang tadi.
Abdullah Jusoh, 65 dan isteri, Noormah Abas, 55, ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat Asar sebelum rumah mereka terbakar dan kerugian dianggarkan lebih RM50,000.
Kejadian berlaku Asar tadi sewaktu tuan rumah pergi ke Masjid untuk Solat Asar. Semoga mak cik ini kuatkan semangat..YA Allah kuatkan hati makcik ni..Kejadian di Bachok Kelantan..
Posted by Wowberita (Official) on Sunday, 21 February 2016
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok Mohd Razali Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.23 petang.
Katanya, dua jentera dengan kekuatan 12 anggota termasuk enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumbuh ke tempat kejadian.
“Rumah separa kayu itu hangus 100 peratus namun tidak membabitkan kemalangan jiwa kerana pemilik tiada di rumah,” katanya.
Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan.