Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Raver vs Hipster: Apa & Siapa Sebenarnya Mereka?

$
0
0

hipster-vs-raverBeberapa hari ini kecoh dengan budaya Raver yang dikatakan mula menjadi ikutan remaja di negara ini.

Bukan sedikit golongan dewasa yang garu kepala, tidak faham apa yang dimaksudkan dengan budaya Raver ini.

Lebih memeningkan apabila golongan pengamal budaya Raver ini dilaporkan mula bersengketa dengan golongan pengamal budaya hipster.

Di laman sosial, ‘perang’ antara Raver dan Hipster menjadi topik perbualan, dan ramai yang menasihatkan anak-anak muda agar tidak mudah terpengaruh dan mengenali jati diri.

Raver vs hipster…Apparently was one of the trending topics over the weekend…It's like the 'in' thing for teens…

Posted by Anisa Ahmad on Sunday, 21 February 2016

RAVER VS HIPSTER: DI MANA MASA DEPAN ANAK MUDA?..Semakin hari, semakin banyak budaya yang pelik menyantuni anak muda…

Posted by KRIM DHL on Monday, 22 February 2016

Hipster vs Ravers…Jika ia mendekatkan diri kepada Allah maka ianya suatu yang baik. Jika ianya menjauhkan diri daripada Allah, maka tak payah pening… tinggalkanlah…

Posted by Imam Muda Hassan on Monday, 22 February 2016

Berikut adalah beberapa maklumat tentang dua golongan ini untuk pengetahuan bersama. Perlu diingatkan, artikel ini bukan berbentuk sokongan atau menghentam sesiapa.

Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

RAVER

1. Berasal daripada perkataan rave, yang dari segi bahasanya membawa maksud percakapan yang merepek, meracau atau menggambarkan keghairahan dan keterujaan ketika memperkatakan tentang sesuatu.

2. Namun dari segi istilah, Rave adalah akronim Radical Audio Visual Experience, yang mula diperkenalkan di Chicago, Amerika Syarikat pada tahun 1980.

3. Budaya atau idealogi rave merangkumi jenis muzik yang berentak rancak (kebiasaannya muzik elektronik bersama DJ) dan budaya berparti serta bersuka-ria hingga ke awal pagi.

4. Rave, ketika di era 80an dan 90an, diklasifikasikan sebagai satu bentuk hiburan yang menyalahi undang-undang di banyak negara. Ini kerana, kebanyakan aktiviti yang dianjurkan melibatkan penyalahgunaan dadah.

5. Lokasi parti rave biasanya dirahsiakan sehinggalah pada hari ia berlangsung.

6. Inspirasi tarian rave adalah bebas, di mana penari perlu menghayati muzik yang dimainkan dan menggerakkan badan mengikut cara masing-masing.

7. Dari segi pemakaian, gaya pakaian longgar, kasual dan sporty antara yang menjadi pilihan. Di sesetengah lokasi konsert rave, syarat lebih ketat dikenakan dengan hanya pakaian berwarna hitam dibenarkan.

HIPSTER

1. Satu budaya yang sudah wujud sejak tahun 1990an namun hanya mula mendapat perhatian sekitar pasca 2010.
2. Dalam bahasa mudah, Hipster adalah golongan dalam kelas ekonomi pertengahan yang memilih untuk hidup mewah.

3. Ia merangkumi gaya pemakaian, tempat makan dan dengan siapa mereka bergaul.

4. Golongan ini juga dikenali dengan kegemaran ‘unik’ mereka. Mereka kebiasaannya akan memilih sesuatu yang lain dari yang lain, yang tidak akan dipilih oleh orang biasa.

5. Seperti juga Raver, Hipster punya corak muzik dan gaya tarian tersendiri. Namun ia bukan ciri penting mereka kerana Hipster lebih mementingkan soal gaya dan fesyen.

6. Hipster selalunya akan menonton filem yang tidak akan ditonton orang lain, dan mendengar muzik yang tidak akan menjadi pilihan masyarakat mainstream.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997