Fesyen baju tradisional kini berkembang begitu meluas dengan pelbagai jenis rekaan ditawarkan oleh pereka fesyen yang memaparkan kreativiti pelbagai serta mengikut cita rasa golongan muda serta mengikut evolusi zaman.
Memang tidak dapat dinafikan, ada di kalangan pereka fesyen yang terlebih berani dengan menampilkan koleksi pakaian ala hipster sehingga boleh mengundang kritikan orang ramai.
Baru-baru ini, netizen dikejutkan dengan pelancaran ‘Jubah Pahlawan’ oleh Farbel Exclusive yang dikatakan direka mengikut ‘trend’ terkini.
Koleksi pakaian tersebut dikongsi oleh Rizal Hakimm menerusi laman Facebooknya, pagi semalam.
Pengenalan ‘Jubah Pahlawan’ itu dibuat dengan menampilkan beberapa jejaka-jejaka berbadan tegap atau lebih dikenali dengan panggilan “abang sado”.
Rekaan moden inspirasi Jepun itu dilancarkan dengan aneka warna, antaranya ialah merah jambu, biru dan kuning.
Susulan itu, pelbagai reaksi membanjiri media sosial berkenaan koleksi pakaian tersebut.
Rata-rata pengguna media sosial mengkritik rekaan jubah tersebut dengan menyifatkan ia berkelihatan ‘pelik’.
Antara komen yang ditujukan ialah jubah tersebut berkelihatan sebagai pakaian ibu bersalin, sebagai jubah golongan wanita dan jubah pakar perubatan.
Ada juga menjadikan ia sebagai satu bahan jenaka di media sosial.
Bagaimanapun, ada netizen yang berkata pakaian itu amat menarik dan berbeza.
@faizalriduan nurse lelaki
— zvmeer . (@FarisZameer) February 26, 2016
Farbel Exclusive should hv made the arm longer for the jubah or else they can name the jubah as Despersado. Sakit mata aku tau.
— Amirah Jalal (@143YTF) February 26, 2016
Jubah Pahlawan by Farbel Exclusive.
Cartoon by The Banana Gayllery.#Malaysia #2016 #Fashion pic.twitter.com/ykxdo0gV7A— Adila Khalidi (@AdilaKhalidi) February 26, 2016
Bagaimanapun, ada netizen yang berkata pakaian itu terlalu menarik dan berbeza.
Kelmarin #farbelexclusive ajak jadi agent.
Bagi aku la, jubah ni cantik je, smart je tgk… https://t.co/BsftuvWL06
— NYIMAS (@ezan_hamid) February 26, 2016
Jubah tersebut ditawarkan dalam pelbagai saiz bermula dari saiz S sehingga XXXL dengan harga pengenalan iaitu pada RM199.
The post Koleksi ‘Jubah Pahlawan’ Viral Di Media Sosial appeared first on WOWBERITA.ORG.