Demi membalas jasa bapa yang membesarkannya selama ini, seorang pelajar membawa lelaki itu tinggal bersamanya di universiti tempat dia belajar.
Zhao Delong membawa bapanya ke asrama tempat tinggalnya di universiti bagi membolehkannya menjaga bapanya yang lumpuh itu sepenuh masa.
Menurut Zhao, ketika kecil dia pernah mengalami penyakit polio dan bapanya bersusah payah menjaganya sehingga dia mampu untuk berjalan semula dan meneruskan pengajian ke peringkat universiti,
“Bapa bersusah payah menjaga saya sebelum ini. Kini dia sedang sakit dan saya tidak akan tinggalkannya berseorangan,’ jelas Zhao dipetik Mail Online.
Setiap hari, Zhao akan membersihkan muka, memberus gigi dan menyikat rambut bapanya malah turut akan memasak serta membantu lelaki itu melakukan senaman.
Pihak universiti turut menyediakan bilik khas kepada kedua beranak itu bagi meneruskan kehidupan.
Zhao turut melakukan kerja separuh masa untuk membantu menampung perbelanjaan harian mereka.
The post Pelajar Bawa Bapa Lumpuh Tinggal Bersama Di Asrama appeared first on WOWBERITA.ORG.