Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Peminat Bidas Rozita Che Wan Pakai Purdah ‘Spender Roti Jala’

$
0
0

cheta-purdahSelebriti tersohor, Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta dibidas kerana dikatakan mengayakan purdah sehingga lari daripada tujuan sebenar pemakaiannya seperti yang disarankan agama.

Rata-rata netizen mengkritik fesyen yang dipakainya itu sebagai purdah ‘spender french lace’ dan ‘spender roti jala’ kerana bersifat jarang sehingga menampakkan muka.

Malah ada yang meminta agar artis tersebut tidak mengunakan fesyen tersebut di negara orang kerana boleh disifatkan penghinaan kepada masyarakat dinegara tersebut.

“Mazhab mane pkai purdah mcm spenda roti jala tu? Kl tutup betul2 pkai kain opaque baru la nama purdah. Mcm ni lebih menarik prhatian llaki adelah. Lg suke ktorg tgk dr yg bare face je. Kl x knape model underwear french lace lg sexy dr model yg bogel trus? nak2 lg french lace hitam perghh.Ni la padahnye bila pkaian sunnah konon tp x ikut cara betul, tp krn fey-shennn,” kata posh_chester.

“Masa tu dah buka niqab pun…dah lah, xnak pulak terlalu buruk sangka…mungkin saya yg khilaf…hehehe thanx jugak harikahsimiar berkongsi pendapat…sama2 kita ingat mengingati,” ujar puan_gojes_tuan_cool pula.

“Harap jgn tutup muka begitu lah dinegara org..kerana ini satu perhinaan pd pakaian mereka…kerana tiada satu pun wanita yg tutup muka begini dinegara Saudi..baik dimekah atau dimadinah,” tulis malaysialadys.

“Che Ta tutup muka mungkin takmau perhatian kat airport kot. Aurat ditutup dah ok lah tu. Dia nak accessorizedkan dengan apa biorkan dia lah. Dia ikhlas ke, tabarruj ke riak ke soal hati dia. Selamat pergi dan pulang Che Ta & anak2. Inshaa Allah, dimudahkan urusan,” kata bintsalwaii pula.

Terdahulu isteri kepada pelakon Zain Saidin itu memuatnaik gambarnya memakai purdah sebelum berangkat menunaikan umrah bersama keluarga.

The post Peminat Bidas Rozita Che Wan Pakai Purdah ‘Spender Roti Jala’ appeared first on WOWBERITA.ORG.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997