Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Serpihan Kedua Pesawat Dipercayai Milik MH370 Dijumpai Di Pulau Reunion

$
0
0

johnny begueSatu lagi serpihan pesawat, dipercayai ada kaitan dengan MH370, dijumpai di Pulau Reunion, sebuah pulau kecil milik Perancis di Lautan Hindi pada Khamis lalu.

Serpihan kedua itu dijumpai Johnny Begue, orang sama yang menjumpai ‘flaperon’ yang disahkan daripada pesawat MH370 pada Julai tahun lalu.

Menurut Begue, sepertimana dilaporkan AFP, dia sedang berjoging di pesisir pantai apabila ternampak sebuah objek kecil berukuran 40 dan 20 sentimeter.

Katanya, objek berkenaan mempunyai tanda berwarna biru di bahagian permukaan serta berwarna kelabu di bahagian bawahnya.

“Objek berkenaan adalah ringan dan strukturnya kelihatan sama seperti flaperon yang jumpai tahun lalu.

“Selepas menjumpainya, saya menyerahkan objek itu kepada polis,” katanya.

Begue berkata, sejak dia menemui flaperon tahun lalu, dia sering berlegar-legar di tepi pesisir pantai untuk mencari lagi serpihan pesawat.

“Saya mulakan pencarian saya setiap kali selepas berlakunya cuaca buruk yang kebiasaannya ombak akan menghanyutkan pelbagai sampah dan benda ke pesisir pantai,” katanya lagi.

Menurut Begue, polis belum lagi menghubunginya sejak objek itu diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu.

Begue menjumpai objek berkenaan beberapa hari selepas penemuan satu lagi serpihan dipercayai daripada pesawat MH370 di Mozambique oleh seorang lelaki warga Amerika Syarikat, Blaine Gibson.

Gibson dilapor menjumpai objek itu ketika berjalan di kawasan pantai berdekatan Vilankulo, Pulau Benguerra (sebahagian daripada kepulauan Bazaruto).

Gibson merupakan seorang penulis blog dan aktif menyiasat kehilangan pesawat tersebut.

Gibson hadir menyerahkan kepingan objek berukuran 57 dengan 90 sentimeter itu dan ditemani wakil dari kedutaan Australia.

Setakat ini, flaperon yang dijumpai oleh Begue Julai tahun lalu merupakan satu-satunya serpihan pesawat yang disahkan daripada pesawat MH370.

Pesawat MH370 hilang dari radar sewaktu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Pesawat bersama 239 penumpang dan anak kapal itu hilang daripada imbasan radar.

The post Serpihan Kedua Pesawat Dipercayai Milik MH370 Dijumpai Di Pulau Reunion appeared first on WOWBERITA.ORG.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997