Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Cukup-Cukuplah Layan ‘Blues’ Ahmad Said – Najmil Faiz

$
0
0

najmil-faiz-ahmad-saidAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dinasihat menerima kenyataan dan memberikan sokongan padu kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman untuk mengemudi jentera menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke-14.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Datuk Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, sokongan kepada Ahmad Razif juga seharusnya sama seperti yang diterima Ahmad Said semasa eranya menjadi menteri besar sebelum ini.

“Ahmad Said harus terima kenyataan. Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dia sudah lepas. Dahulu semasa dia menjadi menteri besar pun orang sokong Ahmad Said.

“Sebarang keputusan biarlah Kerajaan Pusat yang tentukan. Tunggu PRU akan datang untuk kita tentukan keputusan KPI Ahmad Razif. Buat masa ini, cukup-cukuplah kita melayan blues Ahmad Said.

“Sebagai ahli parti dan pemimpin seharusnya Ahmad Said berdiri teguh bersama Pengerusi UMNO negeri, buat kerja dan pertahankan parti. Tidak patut membuat usul yang boleh merosakkan kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN), sekali gus mengkhianati perjuangan UMNO,” katanya.

Najmil Faiz mengulas tindakan Ahmad Said yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

BACA: Ahmad Said Kemuka Usul Tidak Percaya MB Terengganu

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong menerima usul itu kemudian menangguhkan sidang untuk meneliti usul tersebut mengikut kerangka perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri.

Bagaimanapun, Mohd Zuber menolak usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif dengan alasan Ahmad Said tidak mengikut peraturan ketika mencadangkannya.

BACA: Speaker DUN Tolak Usul Tak Percaya Ke Atas MB Terengganu

Dalam pada itu, jelas Najmil Faiz yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, UMNO negeri kini harus memberi sokongan dalam usaha untuk menguatkan parti selain mengetepikan sebarang perasaan dendam yang masih ada dalam kalangan pemimpin dan ahli.

“Lihat pada parti. Kuatkan saf untuk menghadapi pilihanraya. Semua wakil rakyat di Terengganu perlu memberi fokus untuk membantu dan bekerja untuk rakyat serta parti.

“Jangan memporak-perandakan struktur pentadbiran. Ahmad Razif sedang dalam momentum baik untuk membangunkan Terengganu dan membantu rakyat termasuk golongan muda di negeri itu.

“Jangan bantutkan perjalanan Ahmad Razif kerana ia hanya merugikan rakyat. Jangan hilangkan fokus kepimpinan negeri, beri kerjasama sepenuhnya untuk mencapai KPI terbaik pada PRU akan datang. Pemuda Kuala Terengganu sentiasa menyokong penuh kepimpinan Ahmad Razif,” ujarnya.

Sebelum ini, Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said dilapor berkata, tindakan Ahmad Said mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif disifatkan sebagai ‘gila talak’.

Tegas Azalina, tindakan bekas menteri besar itu dikatakan akan melakukan apa sahaja untuk menyandang jawatan itu semula.

The post Cukup-Cukuplah Layan ‘Blues’ Ahmad Said – Najmil Faiz appeared first on WOWBERITA.ORG.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997