Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Kelantan Kaji Sebat Pesalah Zina Di Khalayak Ramai

$
0
0

sebatKerajaan Kelantan akan mengkaji cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah zina dilakukan di tempat awam bagi memberi pengajaran kepada pesalah.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, cadangan yang dikemukakan Datuk Hassan Mahamood (Pas-Tawang) adalah baik kerana ia mampu menakutkan masyarakat daripada melakukan perbuatan itu.

“Kita telah melaksanakan hukuman rotan ini namun ia dilakukan di penjara sahaja dengan maksimum enam sebatan. Boleh jadi kalau diadakan di hadapan orang ramai, ia boleh menggerunkan mereka untuk melakukan kesalahan berkenaan.

“Apapun kerajaan (negeri) akan melakukan kajian tentang perkara ini terlebih dahulu,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada perasmian sidang Dun Kelantan yang bermula Isnin lalu dan berakhir hari ini.

Semalam Hassan ketika membahaskan titah Sultan Muhammad V mencadangkan agar kerajaan negeri melaksanakan hukuman itu di tempat awam bagi memberi pengajaran kepada pesalah zina.

Mohd Nassuruddin berkata, pada masa ini hukuman sedia ada bagi pesalah zina di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah penjara tidak lebih tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan yang dilaksanakan di lokap pesalah.

The post Kelantan Kaji Sebat Pesalah Zina Di Khalayak Ramai appeared first on WOWBERITA.ORG.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997