Pelumba Malaysia pertama yang memenangi Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina, Khairul Idham Pawi memberikan contoh menarik dalam sebuah video yang viral hari ini.
Video yang dimuatnaik ke Facebook awal pagi tadi menunjukkan Khairul Idham melarikan diri dari podium sebelum disembur arak yang dibuka oleh pelumba bukan beragama Islam.
‘Sembur arak’ merupakan satu trend yang seringkali disaksikan apabila pelumba bukan Islam membuka arak di atas podium dan menyemburkannya ke arah satu sama lain atau orang ramai.
Tindakan pantas Khairul Idham mendapat pujian pelayar laman sosial yang beragama Islam.
“‘Respect’ diharap beliau akan terus dapat mempertahankan jati diri Islam.. Amin,” kata pelayar, Shahrir.
“Tahniah… Alhamdulillah.. kita jaga agama ALLAH SWT, ALLAH SWT jaga kita. Kita menangkan agama ALLAH SWT, Insya ALLAH ALLAH SWT menangkan kita,” balas Ana Zaujah pula.
Khairul yang berusia 17 tahun yang merupakan pelumba dari pasukan Honda Team Asia berjaya mencatat masa 41 minit 35.452 saat dalam 21 pusingan di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina.
Khairul Idham Pawi juara motogpBukan sahaja beliau berjaya mengharumkan nama negara apabila berjaya menjuarai motogp3 di Argentina, tetapi gelagat Khairul Idham Pawi yang lari mengelakkan arak disembur padanya juga menarik perhatian ramai.. Tahniah Khairul. Hidup Malaysia!!!
Posted by UtaraNews on Sunday, 3 April 2016
The post (Video) Elak ‘Disembur Arak’, Khairul Idham Dipuji Netizen appeared first on WOWBERITA.ORG.