Entah di mana silapnya, kini tersebar di laman sosial mengenai pakaian yang digayakan pelakon Mira Filzah dalam satu sesi penggambaran untuk majalah kelihatan sungguh sama dengan corak langsir.
Perkara tersebut mendapat perhatian pengguna di forum CARI, dan mula dikongsikan di laman sosial. Malah Mira Filzah yang dihubungi oleh BH Online turut menyifatkan perkara tersebut sebagai lucu selain tidak terkilan dengan ejekan yang dilemparkan.
“Baju itu dipakai bagi menjayakan sesi fotografi untuk sebuah majalah dan ia disediakan sendiri oleh pihak wartawan media berkenaan. “Tetapi, jika diamati, baju itu sangat cantik. Tidak sangka pula ada corak sama bagi kain langsir”
“Lucu pula apabila ada yang membandingkan baju berkenaan dengan langsir terbabit. Jujurnya, saya tidaklah berasa malu atau kecil hati pun dengan perbandingan itu. Tetapi selepas kejadian ini, mungkin saya akan lebih berhati-hati dengan setiap baju yang digayakan,” katanya.
The post Mira Filzah Rasa Lucu Baju Disamakan Dengan Langsir appeared first on WOWBERITA.ORG.