Seorang netizen telah memuat naik gambar memaparkan tudung rekaan terbaharu Fareeda menyerupai tudung yang telah dibeli pada tahun 2014.
“Baru perasan latest collection scarf die ni yg viral tu same gile dengan shawl yg kite beli dua tahun lepas… Xde la latest sgt maknenye… Yg pnting kite beli tga empat kali ganda lg murah,” tulis Adiba Zaheen di status Facebook miliknya.
Baru perasan latest collection scarf die ni yg viral tu same gile dengan shawl yg kite beli dua tahun lepas… Xde la latest sgt maknenye… Yg pnting kite beli tga empat kali ganda lg murah …
Posted by Adiba Zehan on Monday, April 4, 2016
Berikutan itu, Fareeda dikecam netizen kerana menciplak tudung orang lain dan lebih teruk, mereka meletakkan harga yang terlampau tinggi bagi setiap tudung.
“Haha lawak2.. Beli mahal2 sekali sama..haha”, komen Liena Qaiys.
“Hahahah..sian yg pi beratur panjang2 tu..btolak bagai..anda dah kena tipu…,” kata Wan Haslina.
Tinjauan mendapati status itu kini telah dikongsi lebih daripada 4,000 kali di media sosial.
Bagaimanapun, pihak Fareeda masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu berkenaan.
The post Fareeda ‘Ciplak’ Corak Rekaan Tudung Tahun 2014? appeared first on WOWBERITA.ORG.