Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Wanita Tuntut Cerai Kerana Suami Terlalu Kacak

$
0
0

Seorang wanita memohon cerai atas alasan suaminya terlalu kacak.

Menurut wanita berkenaan, kehidupannya terganggu sejak berkahwin tiga tahu lalu.

Dalam permohonannya itu, wanita berkenaan berkata, dia tidak dapat mempercayai suaminya yang bekerja sebagai doktor.

“Saya sentiasa berprasangka kepadanya. Saya berasa cemburu setiap masa. Sya bimbang dia mempunyai kekasih lain keranadia terlalu kacak. Bila berjalan dengannya, saya dapat melihat semua wanita memandangnya,” kata wanita yang namanya tidak didedahkan itu.

Kisah wanita itu turut menjadi viral di media sosial Mesir. Ramai wanita bersetuju dengannya dan menganggap keputusannya memohon cerai adalah langkah bijak.

Laila, pengguna Internet di Arab Saudi menulis, lebih baik bercerai daripada hidup tidak tenteram dan berdepan dengan ketegangan dalam rumah tangga sepanjang masa.

Seorang lelaki, Ahmed pula berkata, sikap cemburu wanita itu pasti menyebabkan rumah tangganya porak peranda.

“Kerana itu, lebih baik mereka bercerai,” tulisnya.

The post Wanita Tuntut Cerai Kerana Suami Terlalu Kacak appeared first on WOWBERITA.ORG.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997