Pihak pengurusan KB Mall mengesahkan panggung pertama di Kelantan akan mula beroperasi pada Julai ini.
Sinchew Daily melaporkan panggung itu akan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri tetapi seorang pengurus KB Mall tidak menjelaskan perkara itu secara spesifik.
Difahamkan pawagam KB Mall bakal mempunyai lapan panggung di dalamnya.
Kelantan dilaporkan tidak mempunyai pawagam hampir selama 20 tahun. Semasa zaman kemuncaknya, terdapat lima buah pawagam di negeri Pantai Timur itu.
Walaupun kerajaan negeri tidak menghalang pembinaan panggung, tetapi soal pengurusan, kos dan syarat kerajaan negeri yang ketat menyebabkan kemudahan hiburan itu tidak wujud di negeri tersebut.
Kerajaan negeri dilaporkan menetapkan tiada filem ditayangkan sepanjang Ramadan dan malam Jumaat.
Penonton lelaki dan wanita perlu dipisahkan manakala lampu di sesetengah tempat duduk juga tidak harus dipadamkan.
The post (5 Gambar) Pawagam Pertama Di Kelantan Beroperasi Julai Ini appeared first on WOWBERITA.ORG.