Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Ahli Perniagaan Malaysia Beli Kelab Bola Sepak Itali

$
0
0

Datuk Dr Noordin Ahmad, ahli perniagaan dari Malaysia, membeli 50 peratus saham kelab bola sepak divisyen dua Itali, FC Bari 1908.

Akhbar negara itu Calcio Finanza melaporkan Dr Noordin menandatangani perjanjian awal pemilikan pada Jumaat lalu dengan presiden kelab Gianluca Paparesta, lapor Utusan Malaysia.

Paparesta memiliki 95 peratus saham dalam kelab berkenaan. Namun nilai pembelian tidak dinyatakan dan kelab itu masih menunggu Dr Noordin bersama peguamnya tiba di Bari.

Berita itu kemudian disahkan dalam web rasmi kelab FC Bari 1908.

Akhbar itu melaporkan FC Bari sebelum ini pernah cuba menarik minat pelabur dari China, Herman Zheng namun tidak berjaya.

Jika menjadi kenyataan, Dr Noordin rakyat Malaysia ketiga membeli kelab bola sepak selepas dua saudagar Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Tony Fernandes.

Vincent, pengerusi Berjaya memiliki kelab Cardiff City yang beraksi dalam Liga Kejuaraan England.

Beliau juga pemilik kelab KV Kortrijik dari Belgium dan FK Sarajevo dari Bosnia Herzegovina.

Manakala pengasas AirAsia dan Tune Gropus memiliki Queens Park Rangers (QPR).

The post Ahli Perniagaan Malaysia Beli Kelab Bola Sepak Itali appeared first on WOWBERITA.ORG.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997