Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilaporkan dimasukkan ke wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian tengahari Rabu.
Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood ketika dihubungi berkata, Ahmad dijangka akan melakukan pembedahan kecil pada Khamis.
Menurutnya lagi, Ahmad mengalami sakit kepala serta pendarahan akibat pernah terjatuh beberapa bulan lalu.
Ketika melakukan pemeriksaan di HUSM katanya pihak hospital memaklumkan beliau terpaksa menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan darah beku di kepalanya.
Tambahnya lagi, Ahmad ketika ini dirawat di unit rawatan jantung (CCU) HUSM dan keadaanya stabil serta mampu bercakap.
Katanya, semua rakyat Kelantan diminta mendoakan keselamatan dan kesihatan Menteri Besar Kelantan.
The post MB Kelantan Masuk Hospital Alami Pendarahan Kepala appeared first on WOWBERITA.ORG.