Woo Nina Grace atau nama Islamnya, Nur Nina Farisha, 19, yang mengucap kalimah syahadah di hadapan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik kelmarin kini menjadi anak angkat kerajaan negeri.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Nina perlu diberi bimbingan sepenuhnya bagi mendalami Islam supaya sentiasa berada di landasan yang betul.
Beliau berkata, anak kacukan Filipina itu akan diberikan kemudahan dan bimbingan sewajarnya bagi mempelajari ilmu agama secara mendalam.
“Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAT) akan membantu urusan dan keperluan Nur Nina Farisha dalam perkara ini, termasuk memberi bimbingan agama kerana dia amat berminat dengan Islam.
“Sebagai saudara baru, dia perlu diberi sokongan kerana banyak perkara akan ditempuhinya,” katanya di sini, hari ini.
Nina mengucap syahadah dengan dibimbing Dr Zakir pada ceramah umum bertajuk ‘Muslim Choice – Da’wah Or Destruction’ di Kemaman selepas berpuas hati dengan jawapan diberikan pendakwah berkenaan.
The post Nur Nina Jadi Anak Angkat Kerajaan Negeri Terengganu appeared first on WOWBERITA.ORG.