Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Piala Asia 2013: Malaysia Gagal Ke Perlawanan Akhir

$
0
0

Malaysia gagal menepati sasaran ke final buat julung kali setelah kalah 2-0 kepada India pada perlawanan separuh akhir Piala Asia 2013 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh, Jumaat malam.

Skuad hoki negara akan menentang Pakistan Ahad ini dalam perlawanan penentuan tempat ketiga manakala India akan bertemu juara bertahan Korea Selatan dalam final, hari yang sama.

India, yang memerlukan gelaran itu untuk layak ke Piala Dunia 2014, memulakan perlawanan dengan agresif apabila melancarkan serangan bertali ansur untuk memburu gol awal.

Usaha itu membuahkan hasil seawal minit kelapan menerusi pukulan sudut penalti oleh V.R. Raghunath.

Skuad negara bimbingan Paul Revington kemudian cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan mahu terpaksa akur dengan kekebalan benteng pertahanan India yang hanya dibolosi sekali sahaja setakat ini.

Bersambung pada babak kedua perlawanan, Malaysia semakin rancak memburu gol penyamaan tetapi gagal dengan kelincahan penjaga gol P.R. Sareejesh.

Kelalaian barisan pertahanan negara mengundang padah buat Malaysia apabila Mandeep Singh menggunakan peluang tersebut untuk mengesahkan kemenangan India menerusi gol padang pada minit ke-60.

Sementara itu, penyandang juara edisi 2009, Korea Selatan terlebih dahulu mengesahkan tempat ke final setelah mengalahkan Pakistan 2-1 pada saingan separuh akhir.

Bermula pada babak pertama perlawanan kedua-dua pasukan bertali arus melancarkan serangan bagi memburu gol pembukaan namun kekebalan kubu masing-masing menyebabkan tiada gol dihasilkan.

Korea Selatan, yang sudah mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2014 di the hague, Belanda, bagaimanapun, membuka tirai jaringan pada minit ke-32 menerusi pukulan sudut penalti yang dilakukan oleh Jang Jong Hyun.

Pada babak kedua, Korea Selatan menambah duka Pakistan apabila Lim Nam Yong mengandakan jaringan hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-40.

Pakistan yang cuba bangkit selepas itu melakukan beberapa serangan namun berjaya dipatahkan oleh benteng pertahanan Korea Selatan.

Gol saguhati Pakistan hanya hadir enam minit kemudian menerusi kapten pasukan Muhammad Imran.

Terdahulu dalam perlawanan penentuan tempat kelima hingga kelapan, Jepun mengalahkan Bangladesh 3-0 manakala Oman mengalahkan Taiwan melalui penentuan penalti 2-0 selepas terikat seri 2-2.

Bagi menentu tempat kelima dan keenam esok, Jepun akan menentang Oman dan Bangladesh pula dijadualkan bertemu Taiwan bagi penentuan tempat ketujuh dan kelapan.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997