“Tiada sebarang rahsia untuk mengingati bukan saja kitab suci al-Quran malah kitab agama lain,” kata penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik ketika ditanya mengenai teknik kekuatan memorinya.
Beliau berkata jika niat mahu membantu agama ini, Allah akan menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja.
“Apa yang penting ialah niat kita mahu membantu agama Allah dan Allah pasti akan menghulurkan bantuan. Perkara ini banyak dinyatakan dalam al-Quran umpamanya dalam surah al-Ankabut ayat 69.
“Dalam memahami dan mengingati ayat suci al-Quran, ada teknik tertentu yang memerlukan masa untuk mempelajarinya namun perkara paling penting ialah niat,” katanya.
Dr Zakir bagaimanapun bersyukur kerana bertemu ramai individu termasuk bukan Islam yang mengikuti siri ceramahnya.
“Mungkin ada juga yang tidak senang tetapi Alhamdulillah masih ada yang senang dengan syarahan saya.
“Semasa syarahan saya di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, beberapa bukan Islam mengucap kalimah syahadah.
“Selain itu, ada juga bukan Islam mengakui dalam bahasa Inggeris mengenai keesaan Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah,” katanya yang ditemui Harian Metro.
The post (Video) Dr Zakir Naik Dedah ‘Rahsia’ Hafal Al-Quran, Kitab Agama Lain appeared first on WOWBERITA.ORG.