Seorang murid perempuan Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan (SK) Chembong, Rembau dikejarkan ke hospital selepas dia dipercayai dipatuk ular pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi ketika mangsa dikatakan sedang bermain di padang sekolah itu.
“Mangsa tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri. Rakan-rakannya mendakwa ternampak ular berhampiran mangsa.
“Mangsa kemudiannya dihantar ke klinik berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut,” kata sumber.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Rusni Ab. Jalil dijadual mengadakan sidang akhbar mengenai kejadian itu di SK Chembong pukul 8.30 pagi esok.
The post Murid Tahun 2 Pengsan Dipatuk Ular Di Padang Sekolah appeared first on WOWBERITA.ORG.