Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Akibat Dicakar& Digigit Kucing, Tangan Membengkak Lalu Berlubang

$
0
0

Hati-hati bila berhadapan dengan kucing yang tengah bergaduh kerana gigitan manja dengan gigitan mempertahankan diri adalah sangat berbeza.

Lihat saja gambar di bawah ini, dari gigitan kecil kini luka tersebut menjadi satu lubang yang besar akibat dari jangkitan Sporotrichosis. Jangkitan Chronic fungal ini akan menyerang kulit anda sehingga ia berlubang.

Fungal ini berbahaya kerana ia sukar dikesan. Ia akan membuatkan badan anda berasa sangat sakit dan luka bernanah selain dari boleh menyerang di bahagian anggota badan yang lain.

Kalau kena cakar pun bahaya juga, kerana Cat Scratch Disease dari bakteria jenis Barttonella Hendelae boleh menyebabkan jangkitan. Walaupun luka akibat digigit kucing, namun ianya boleh membawa maut.

Tapi jangan risau, kes seperti ini jarang-jarang berlaku. Cuma pastikan kebersihan dan kesihatan kucing anda dijaga. Sekiranya insiden seumpama ini berlaku, cepat-cepat ke klinik atau hospital berhampiran. Jangan tunggu sampai dah teruk baru nak jumpa doktor

The post Akibat Dicakar& Digigit Kucing, Tangan Membengkak Lalu Berlubang appeared first on WOWBERITA.ORG.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997