Kerajaan negeri berada dalam kemelut apabila Istana Terengganu dikatakan telah menarik kembali semua gelaran dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman pada Jumaat petang lalu.
Menurut sumber dari Kuala Terengganu yang dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan Istana berkata Ahmad Razif yang juga merupakan Adun Seberang Takir kini tidak lagi mempunyai sebarang gelaran kebesaran.
“Comfirm. Cuma belum ada kenyataan rasmi dari istana sahaja.
“Tuanku murka dengan ucapan MB ketika mengiringi Baginda solat Jumaat semalam. Lepas Jumaat beliau serah semua darjah kebesaran,” kata sumber tersebut memetik laporan yang dikeluarkan oleh sebuah portal.
Sumber tersebut turut berkata, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin murka dengan ucapan Razif ketika mengiringi baginda dalam satu program sebelum solat Jumaat.
Dengan apa yang berlaku sekarang, sumber Umno itu berkata, Umno mempunyai tiga pilihan untuk dibuat.
“Pertama bubarkan Dun dengan mengadakan pilihan raya semula. Yang kedua menukar MB kepada Adun yang lain.
“Ketiga adalah Umno membuat kerajaan perpaduan dengan PAS di Terengganu,” kata sumber itu lagi.
Umno mempunyai 17 Adun di Terengganu manakala PAS (14) dan PKR (1).
8 Mac lalu, bekas MB yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said membuat usul tidak percaya kepada Razif namun ditolak usul itu oleh Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong.
Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Terengganu, Dato Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sebelum ini mendakwa dua lagi Adun Umno akan menyertai Ahmad Said untuk menjadi Adun Bebas.
Ini menjadikan Umno (BN) mempunyai 14 Adun, PAS (14), Bebas (3) dan PKR (1).
Jika kumpulan Ahmad Said bergabung dengan pembangkang (PAS dan PKR), kerajaan negeri Terengganu yang ada akan jatuh.
Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini meminta Adun-adun PAS tidak campur tangan atau memihak dalam isu ini.
Ini menjadikan besar kemungkinan PAS akan bersama Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan di Terengganu. – SuaraTV
The post Sultan Terengganu Murka, Tarik Balik Semua Darjah Kebesaran MB appeared first on WOWBERITA.ORG.