Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Naikkan Harga Barang, Raja Arab Saudi Pecat Menteri Air & Tenaga

$
0
0

Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud bertindak memecat menteri air dan tenaga negara itu, Abdullah al-Hussayen di tengah-tengah kemarahan rakyat berikutan kenaikan harga barangan, lapor media rasmi Arab Saudi, SPA.

Raja Salman mengeluarkan perintah itu pada Sabtu, yang memecat Abdullah dan menggantikannya buat sementara dengan Menteri Pertanian, Abdel Rahman al-Fadli.

Pemecatan itu juga susulan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi ke atas elektrik, air dan beberapa perkhidmatan lain.

Mac lalu, agensi berita Arab News melaporkan Abdullah telah meminta rakyat untuk mendapatkan permit untuk menggali perigi mereka sendiri ketika rakyat mengeluh dengan caj air yang tinggi.

Dan pada awal bulan ini Majlis Shura negara itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan Abdullah itu lalu meminta penjelasan darinya dan pegawai kementeriannya.

Pada Disember, beberapa tindakan perubahan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini telah dilaksanakan di negara itu yang sedang menerima kesan teruk dari kejatuhan harga komoditi minyak di pasaran dunia.

Pemangku Raja, Mohammed bin Salman dijangka mengumumkan pada Isnin program untuk mempelbagaikan sumber ekonomi negara itu yang ketika ini bergantung hampir 70 peratus dari hasil eksport minyak.

The post Naikkan Harga Barang, Raja Arab Saudi Pecat Menteri Air & Tenaga appeared first on WOWBERITA.ORG.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997