Seorang menteri Indonesia membuat kenyataan luar biasa mengatakan lelaki yang cuba menggembirakan isteri mereka menjadi punca utama negara itu dibelenggu rasuah yang tiada kesudahan.
Indonesia sekian lama berjuang menentang rasuah, menyaksikan birokrasi di negara itu dilumpuhkan oleh rasuah dan tokoh masyarakat terkemuka, dari menteri kepada hakim-hakim kanan, dipenjara kerana menerima sogokan.
Daripada mensasarkan tindakan terhadap pegawai yang kotor, Menteri Hal Ehwal Agama Lukman Hakim Saifuddin sebaliknya menuding jari kepada isteri yang tamak sebagai punca kepada rasuah.
Isteri-isteri golongan elit di Indonesia terkenal sangat menyukai pakaian berjenama dan beg tangan mahal.
“Rasuah sering didorong oleh banyak perkara. Mesej saya adalah untuk tidak menuntut terlalu banyak perkara yang luar biasa, ia akan menjadikan anda penyumbang kepada gejala rasuah yang berjaya,” katanya yang dipetik sebagai berkata dalam majalah Kompas.
Komen beliau ternyata tidak disenangi umum. Seorang suri rumah, Viona Savita berkata adalah tidak adil untuk menuding jari kepada wanita semata-mata.
“Jangan hanya menyalahkan isteri, itu sudah melampau,” kata Syavita.
Indonesia berada di tangga ke-88 daripada 168 negara dan wilayah dalam Indeks Ketelusan Persepsi Rasuah Antarabangsa tahun lalu.
The post Isteri Tamak Punca Rasuah Di Indonesia – Menteri Indonesia appeared first on WOWBERITA.ORG.