Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Awak Dapatkan 6A Untuk Saya Tau…’

$
0
0

“Aina, kalau saya pengsan pun, awak jangan kisahkan saya, awak belajar rajin-rajin, jangan fikir pasal orang lain. Awak dapatkan 6A untuk saya tau.”

Itu pesanan Allahyarham Lyana Shaqirah Amin, 12, kepada sahabat baik yang juga rakan sekelasnya, Aina Shafiah Anuar, 12.

Lyana disahkan meninggal dunia selepas pengsan di Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak, di sini, semalam.

Aina berkata, rakannya itu berkata demikian kepadanya selepas pernah pengsan di sekolah sebulan lalu, dan dihantar pulang oleh guru ke rumahnya di Batu 11, Gombak.

“Lyana beritahu saya begitu minggu lalu. Dia ingatkan saya supaya belajar rajin-rajin.

“Kami memang selalu belajar bersama, dia banyak ajar orang sebab dia pandai. Dia baik, dia tak nak menyusahkan orang lain, dia kawan yang baik,” katanya yang ditemui selepas tamat waktu persekolahan, hari ini.

Menurut Aina, sebelum pengsan, Lyana memanggilnya dan memandangnya selain senyum kepadanya.

“Dia jatuh ke belakang dan pengsan. Kami panggil cikgu dan bawa dia ke Bilik Kesihatan di tingkat bawah.

“Saya nampak macam dia penat, sebab tu saya panggil nama dia. Dia tidak mengadu sakit pada hari kejadian. Tetapi ketika dia menulis , dia pegang pensel dalam keadaan tangan menggigil. Sebelum ini tak pernah jadi macam tu,” katanya.

Aina Shafiah tidak bertanya mengenai perkara itu kerana menganggap yang rakannya itu tidak mahu diganggu dan hanya ingin berehat.

The post ‘Awak Dapatkan 6A Untuk Saya Tau…’ appeared first on WOWBERITA.ORG.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997