Entah apa dosa kucing ini sehingga ia disumpit oleh individu yang tidak berperikemanusiaan.
Seorang lelaki, Rayyen Khalis telah memuat naik beberapa gambar seekor kucing disumpit pada bahagian mulutnya dan mencetuskan kemarahan para pencinta haiwan.
Rayyen yang baru berpindah ke Rawang itu berkata, itu bukanlah kejadian yang pertama. Sebelum ini, kucing yang sama juga pernah disumpit di bahagian perutnya.
“Bila berpindah ke Rawang ini, macam-macam orang pelik yang ditemui. Semalam balik dari kerja, terkejut tengok kucing ini disumpit dengan besi berkarat buat kali kedua oleh jiran.
“Saya nampak di depan mata saya sendiri. Pelakunya adalah seorang lelaki dewasa yang sudah mempunyai tiga orang anak. Tetapi perangai macam haram!” katanya.
Rayyen cuba bersemuka dengan lelaki terbabit, namun lelaki itu enggan keluar.
“Saya pergi rumah dia, panggil dia keluar tetapi dia tak mahu keluar. Pagi tadi nak panggil lagi lelaki itu tetapi terpaksa batalkan niat sebab dia lepaskan anjing di luar pagar depan rumahnya.
“Apa dosa kucing ini sampai diperlakukan seperti ini? Kali pertama dulu, kucing ini disumpit dan tercacak di tepi perutnya,” katanya.
Mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (Akta 647), mana-mana individu yang menzalimi binatang boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
The post (5 Gambar) Kucing Kena Sumpit Di Muka Dengan Besi Tajam appeared first on WOWBERITA.ORG.