Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Mayat Dua Pendaki Ditemui Selepas 16 Tahun, ‘Terawet’ Dalam Ais

$
0
0

Mayat dua pendaki Amerika Syarikat ditemui dalam glasier di pergunungan Himalaya, 16 tahun selepas kedua-duanya terbunuh dalam satu insiden runtuhan salji.

Pendaki terkenal, Alex Lowe sedang mendaki puncak Shishapangma, Tibet di ketinggian 8,013 meter bersama jurukamera David Bridges, pada Oktober 1999, ketika mereka ditimpa runtuhan salji.

Mayat mereka ditemui dua pendaki minggu lalu, dalam keadaan masih terperangkap dalam ais.

Penemuan itu kemudian dimaklumkan balu Lowe, Jennifer Lowe-Anker yang kini mengendalikan yayasan amal atas nama Lowe, bersama suaminya Conrad Anker.

Lowe, 40, disifatkan sebagai salah seorang pendaki terunggul dalam generasinya dan terkenal dalam komuniti pendakian kerana pernah menyelamatkan nyawa beberapa pendaki lain.

Lowe dan Bridges, 29, merupakan rakan karib yang sering melakukan pendakian bersama-sama dan sedang menanda laluan pendakian ke Shishapangma, yang merupakan puncak ke-14 tertinggi di dunia.

Pendakian mereka turut disertai Anker, yang hanya cedera ringan dalam insiden runtuhan salji berkenaan.

Anker dan beberapa pendaki telah menyertai usaha pencarian Lowe dan Bridges selama beberapa hari sebelum akhirnya dihentikan.

Sementara itu, laporan mendedahkan mayat kedua-dua pendaki itu ditemui masih bersalut dalam ais berwarna biru.

Mayat mereka dijangka dibawa keluar dari kawasan pergunungan dalam masa beberapa hari lagi.

Penemuan ini juga disifatkan balu Lowe sebagai satu penutup kepada penantian yang sangat lama.

The post Mayat Dua Pendaki Ditemui Selepas 16 Tahun, ‘Terawet’ Dalam Ais appeared first on WOWBERITA.ORG.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997