Sejumlah wang tunai dicuri dari cawangan Bank Pusat Korea Utara pada 4 April lalu, dalam apa yang dilaporkan sebagai rompakan bank pertama dalam sejarah negara itu.
Pada tarikh berkenaan, sekumpulan penyerang bersenjata tidak diketahui memecah masuk ke cawangan bank berkenaan di bandar raya Cheongjin, dan merompak sejumlah besar wang.
Jenayah itu menjadi rompakan yang pertama dalam sejarah rejim berkenaan, lapor Korea Times memetik Radio Free Asia sebagai berkata.
Bank berkenaan, terletak di Wilayah Hamgyong Utara, kini ditutup, dengan polis berkata jenayah itu dibantu orang dalam.
“Rompakan itu mustahil dilakukan tanpa bantuan orang dalam,” kata jurucakap polis dipetik Korea Times.
Rompakan berkenaan memaksa cawangan lain Bank Pusat di negara itu meningkatkan kawalan dengan membawa masuk lebih ramai kakitangan.
Ia juga mendorong perhatian kepada fakta bank seluruh Korea Utara menyimpan wang lebih banyak berbanding biasa menjelang kongres Parti Pekerja yang dijangka bermula 6 Mei ini.
The post Rompakan Bank Pertama Berlaku Dalam Sejarah Korea Utara appeared first on WOWBERITA.ORG.