Pelakon Eina Azman tidak menyangka mengalami penurunan berat badan mendadak selepas 18 hari melahirkan anak kembarnya, Arianna Aubrey dan Karl Kareef, Februari lalu.
“Saya tidak mengamalkan diet, tetapi berat badan susut sebanyak 30 kilogram (kg) dalam tempoh itu kerana saya memberikan susu badan dan tak cukup tidur. Daripada 85 kg, kini berat saya menjadi 55 kg.
“Tambahan pula saya menjaga bayi kembar. Ia memang pengalaman baharu bagi saya. Anak saya pula jenis yang suka berjaga dari jam 3 hingga 7 pagi. Saya hanya dapat tidur dari jam 8 pagi hingga ke 12 tengah hari.
“Mujur suami pun turut membantu, selain pembantu rumah yang lebih banyak memberi tumpuan menjaga anak pada sebelah siang hingga ke malam,” kata Eina seperti yang dilaporkan BH online.
Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 21, berkahwin dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmit, 37, pada 31 Ogos 2014.
Sejak bergelar ibu, Eina mengakui dirinya selalu hendak pulang awal sebaik saja selesai urusan kerja.
“Hendak menguruskan anak kembar bukan mudah. Sebelum keluar rumah pun saya kena pam susu badan, sekurang-kurangnya empat botol seorang. Malah, saya perlu bangun tiga jam awal untuk menguruskan mereka,” katanya yang turut mengakui rindu untuk kembali berlakon.
The post Rahsia Berat Eina Azman Turun 30kg Dalam Masa 18 Hari appeared first on WOWBERITA.ORG.