Sikap buruk sangka dan prejudis rakyat Malaysia terhadap warga berkulit hitam timbul lagi apabila tuduhan menculik dan merogol wanita di sebuah pangsapuri di sini yang menjadi viral terbukti tidak benar.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata wanita yang terlibat dalam gambar itu tampil membuat laporan selepas gambarnya tersebar di media sosial.
“Gambar yang viral di Facebook disebarkan seorang individu itu adalah tidak benar.
“Wanita terbabit sudah hadir membuat laporan polis untuk membersihkan nama ketiga-tiga lelaki warga Afrika terbabit.
“Salah seorang daripada lelaki itu adalah teman lelakinya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Kejadian malam kelmarin itu dilaporkan berlaku di Pangsapuri Lagoon Perdana dengan kelihatan sekumpulan lelaki Afrika menyeret seorang wanita sehingga terdedah bahagian kakinya.
Susulan pendedahan gambar itu, pengguna media sosial berkongsi mengingatkan agar berwaspada dengan kegiatan tiga lelaki berkenaan.
Fitnah itu dipercayai timbul akibat coretan seorang pengguna lelaki Melayu di kumpulan Facebook tertutup bagi penduduk di pangsapuri itu, yang menuduh mereka cuba menculik dan merogol wanita itu.
Azlin berkata mangsa yang berusia 44 tahun mendakwa tiga lelaki Afrika itu hanya mahu membantunya dalam keadaan mabuk pulang ke rumah selepas menghadiri majlis hari jadi di premis tersebut.
“Wanita itu adalah warga Filipina dan bekerja di sekitar daerah ini,” beliau dilaporkan berkata.
The post Cuma Tolong Papah Wanita, Tiga Warga Afrika Difitnah Culik & Rogol appeared first on WOWBERITA.ORG.