Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Telefon Bimbit Tiba-Tiba Meletup…’

$
0
0

Allahuakbar! Alhamdulillah. ALLAH bagi kami sekeluarga peluang sekali lagi untuk terhindar daripada musibah pagi ini,” demikian coretan Tengku Khalidah Tengku Bidin di ruangan Facebooknya tatkala menceritakan kejadian telefon bimbit anaknya yang meletup secara tiba-tiba pagi tadi dirumahnya.

Ujarnya, kejadian itu berlaku ketika anaknya mengecas telefon bimbit dibiliknya.

“Sekitar pukul 9.30 tadi, anak saya, Dina mengecas telefon bimbitnya (HP) dekat bilik saya. Setengah jam kemudian, tiba-tiba sahaja, booommm. Meletup dan terbakar telefon bimbit itu.

“Saya di dapur, terkejut bila anak menjerit-jerit, api…api. Api menjulang dari HP, berasap-asap. Nasib kami sangat baik sebab HP itu memang takda siapa yang pegang.

“Memang saya selalu ingatkan anak, masa HP sedang ‘charge’ tak boleh guna. Memang nasib baik, bayangkan masa kita tengah guna benda tu berlaku?Nauzubillah. Hasilnya, tengoklah keadaan bateri tu. Lunyai…walaupun baru sahaja tukar tak sampai setahun dan ia original,” tulisnya.

Dalam pada itu, Tengku Khalidah berkata kejadian itu patut dijadikan sebagai satu pengajaran dan iktibar bersama.

“Masa ia nak meletup, tidak kira ia original atau tidak. Hati-hati jadikan pengajaran dan selalu pesan pada anak-anak.

“Kawan saya Niezam Abdullah pesan, cara paling baik charge HP letak atas kayu, jauhkan dari benda yang mudah terbakar.

“Kalau terbakar, terus ajar anak-anak pergi ke suis utama, tutupkan semua suis dulu. Pastikan kita sudah ajar anak-anak perkara ni.

“Anak saya tadi menjerit dan tengok saja sebab panik. Nasib baik saya tadi ada kat bawah, jadi pantas sahaja matikan suis utama tu.

“Kalau tidak, tak tahulah apa akan jadi. Alhamdulillah,” tulisnya lagi.

The post ‘Telefon Bimbit Tiba-Tiba Meletup…’ appeared first on WOWBERITA.ORG.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997