Ryan Giggs bakal meninggalkan Manchester United jika Jose Mourinho dilantik sebagai pengurus kelab itu, tulis Steve Bates dalam akhbar Sunday People.
Giggs didesak oleh rakan-rakannya dalam ‘Kelas 92’ untuk meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini dan melebarkan lagi kerjayanya sebagai pengurus bersama kelab baharu.
Bekas pemain United dari Wales itu bekerja sebagai penolong jurulatih di bawah kendalian pengurus ketika ini, Louis van Gaal dan David Moyes tetapi kerjayanya tidak akan berkembang andai Mourinho dilantik mengendalikan The Red Devils musim panas ini.
Giggs perlu membuat keputusan dalam masa terdekat memandangkan Naib Pengerusi, Ed Woodward tidak memberi jaminan dia akan kekal jika Van Gaal dipecat.
Rakan baik Giggs, Gary dan Phil Neville sudah pun meninggalkan United untuk menimpa pengalaman baharu.
Gary meneruskan tugas sebagai jurulatih England dan menjadi ketua jurulatih Valencia musim ini. Phil pula pernah menjadi jurulatih di United dan masih sebagai kakitangan kejurulatihan di Valencia.
Giggs dinasihatkan untuk meninggalkan United bagi membina kerjayanya sebagai pengurus sendiri.
Bagaimanapun, dia berada dalam dilema untuk membuat keputusan kerana sebaik dia meninggalkan United, peluang untuk dia membimbing kelab itu akan menjadi lebih sukar.
The post Giggs Didesak Tinggalkan United Jika Mourinho Ganti Van Gaal appeared first on WOWBERITA.ORG.