Tiga lagi serpihan pesawat dipercayai milik helikopter Eurocopter AS350 dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di sini.
Penemuan disahkan jurucakap Pusat Operasi SAR sekitar pukul 11.30 pagi tadi.
Pasukan SAR turut menjumpai beberapa barangan peribadi, antaranya sebuah beg galas berwarna merah.
Pada Jumaat, sebahagian daripada pintu, dinding pesawat dan beberapa bahagian lain pesawat telah dijumpai.
BACA: Penemuan Serpihan Pintu & Dinding Helikopter Hilang
Setakat ini, pasukan SAR sedang berusaha mencari badan utama helikopter tersebut.
Tambahnya, operasi kini giat dijalankan bagi mengesan seorang lagi mangsa iaitu juruterbang, Kapten Rudolf Rex Ragas.
The post Nahas Helikopter: Beg Galas Merah Antara 3 Serpihan Dijumpai appeared first on WOWBERITA.ORG.