Pelakon dan pengacara, Neelofa memenangi gelaran Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-29 (ABPBH29) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.
Dia meraih 212,829 undian, sekali gus mengenepikan saingan daripada lima artis lain dalam kelompok finalis yang mendapat undi tertinggi kategori utama itu.
Berikutan kemenangan itu, Neelofa memenangi hadiah utama Volkswagen Passat tajaan Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd dan trofi.
Trofi Bintang Paling Popular disampaikan kelab peminatnya, Neelofa Team pada majlis kemuncak ABPBH29 yang bertemakan #Respek.
Majlis gilang-gemilang yang berlangsung tiga jam itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio rasmi Kool FM.
The post Neelofa Bintang Paling Popular ABPBH 2015 appeared first on WOWBERITA.ORG.