Jutawan syarikat pakaian dalam wanita, Michelle Mone berkongsi detik-detik memalukan apabila mendukung ‘lelaki comel’ berusia 46 tahun yang disangkanya seorang kanak-kanak.
Kejadian itu berlaku ketika Mone sedang menyampaikan ceramah dalam satu persidangan usahawan yang dihadiri kira-kira 3,000 orang di Vietnam.
Portal Dailymail.co.uk melaporkan, secara tiba-tiba, lelaki yang disangkanya kanak-kanak berusia enam tahun itu menaiki pentas dengan membawa sejambak bunga.
Bagi menunjukkan kemesraannya, Mone, wanita kelahiran Scotland yang juga pengasas rangkaian pakaian dalam Ultimo, mendukung ‘kanak-kanak’ itu dan mengambil bergambar selfie dengannya.
Mone yang digelar ‘Baroness Mone of Mayfair’ hanya menyedari perkara itu selepas isteri kepada lelaki tersebut yang duduk di barisan depan secara tiba-tiba menjerit: “Letakkan lelaki itu. Saya isteri-nya.”
“Ketika saya mendukung ‘kanak-kanak’ itu, saya berfikir ada sesuatu yang tidak kena. Giginya nampak kekuningan seperti gigi seorang perokok,” kata Mone.
Hartawan terbabit turut mendedahkan isteri kepada lelaki itu telah menemuinya dan mengajukan soalan seakan-akan menyindir sama ada perbuatan mendukung suami orang merupakan tradisi masyarakat Britain.
Mone memuat naik gambar berserta status dalam laman Twitternya : “Saya menyangka dia ialah kanak-kanak berusia enam tahun dan mendukungnya. Rupa-rupanya dia ialah seorang lelaki dewasa.”
The post Jutawan Malu Besar, Tersilap Dukung Suami Orang appeared first on WOWBERITA.ORG.