Seorang wanita dari India yang berada dalam lingkungan usia 70an melahirkan anak pertamanya selepas menjalani rawatan In Vitro Fertilization (IVF).
Memetik laporan media antarabangsa, pasangan itu menimang anak pertama setelah usia perkahwinan mencecah 46 tahun.
Daljinder Kaur, yang dipercayai berusia 72 tahun, menjalani dua tahun rawatan di National Fertility & Tube Test Baby Center di Hisar, di Utara India.
Memetik laporan Independent.co.uk, Daljinder dan suaminya, Mohinder Singh Gill dikatakan memulakan rawatan selepas melihat sebuah iklan untuk rawatan IVF di hadapan sebuah klinik.
Menurut Daljinder, dia sentiasa berharap dapat menimang bayi sendiri dan kini hidupnya lengkap selepas melahirkan seorang anak.
“Saya menjaga bayi saya tanpa bantuan mana-mana pihak. Saya rasa begitu bertenaga. Suami saya juga sangat prihatin dan sentiasa menolong saya,” kata Daljinder.
Bayi yang seberat 2kg itu dikatakan berada dalam keadaan yang sihat.
Anurag Bishnoi, menubuhkan klinik IVF, selepas mendapat sarjana dalam kajian klinikal embrio di University of Leeds.
Difahamkan, Anurag pernah menjalani rawatan IVF kepada beberapa pasangan dan semuanya berjaya.
The post Wanita India Lahir Anak Pertama Pada Usia 70 Tahun appeared first on WOWBERITA.ORG.