Seorang kanak-kanak berusia dua tahun cedera di pergelangan tangan selepas tersepit di eskalator di bangunan Terminal Utama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang malam ini.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.50 malam dan tiba di lokasi 15 minit kemudian.
“Tangan kanak-kanak lelaki itu berjaya dikeluarkan oleh pihak penyelenggaraan KLIA dan dia kemudian dihantar ke klinik oleh orang awam.
“Operasi selesai kira-kira jam 9.50 malam,” katanya.
The post Kanak-Kanak 2 Tahun Cedera, Tangan Tersepit Eskalator Di KLIA appeared first on WOWBERITA.ORG.