Seorang mangsa yang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini, selepas disahkan mengalami leptospirosis atau kencing tikus, meninggal dunia petang kelmarin.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa lelaki yang berumur 20 tahun itu ditahan wad pada 10 Mei lalu.
“Setelah menjalani pemeriksaan dan disahkan dijangkiti penyakit kencing tikus mangsa terus ditempatkan di ICU namun, meninggal dunia petang semalam,” katanya.
Menurutnya, dua mangsa berusia 37 dan 22 tahun yang turut disahkan mengalami leptospirosis dan ditempatkan di wad hospital sama dilaporkan stabil.
“Sementara dua lagi mangsa yang berusia 42 dan 15 tahun menerima rawatan di Hospital Besar Melaka (HBM) dan masing-masing seorang di ICU dan wad biasa,” katanya.
Sebelum ini seramai lima individu disyaki dijangkiti penyakit kencing tikus selepas berkelah di kawasan rekreasi Jeram Toi.
The post Mangsa Kencing Tikus Di Jeram Toi Meninggal Dunia appeared first on WOWBERITA.ORG.