Enam pekerja warga Bangladesh dilaporkan tertimbus di bawah runtuhan tingkat empat sebuah bangunan dalam pembinaan di Persiaran Barat, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.56 pagi itu, kesemua mangsa melibatkan lelaki dan lima daripada mereka berjaya diselamatkan sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM).
Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, sejurus panggilan kecemasan diterima, pihaknya bergegas ke lokasi dan tiba pada jam 10.12 pagi.
“Berlaku runtuhan bangunan dalam pembinaan di tingkat empat. Lima mangsa sudah dikeluarkan manakala usaha menyelamatkan seorang lagi mangsa giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, operasi itu diketuai PBK II Rahman dan lima anggota dari Balai Bomba Penyelamat Seksyen 7 Petaling Jaya.
Difahamkan, usaha menyelamat ketika ini dilakukan secara berhati-hati kerana hujan lebat.
The post (10 Gambar) Bangunan Runtuh Di PJ, Enam Pekerja Tertimbus appeared first on WOWBERITA.ORG.