Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Rasa Tidak Sedap Hati Petanda Cucu Pergi Selama-Lamanya

$
0
0

“Ketika pertemuan kali terakhir, arwah hanya memandang saya dengan sayu tanpa menoleh ke tempat lain.”

Begitulah kata-kata Saadiah Abu, 80, menceritakan mengenai cucu kesayangannya, Mohd Nizam Ahmad Basrah, 28, yang maut ditembak di Hatyai, Thailand, 3 pagi tadi.

Katanya, kali terakhir dia bertemu arwah pada 5 Mei lalu dan cucunya itu bekerja sebagai pekerja kontrak di Singapura.

Menurutnya, tiga hari lalu dia juga sangat teringatkan arwah cucunya itu dan terlalu rindukannya.

“Arwah bekerja di Singapura sejak Januari tahun ini dan dia mempunyai empat lagi adik beradik tiri hasil perkahwinan bapanya dengan ibu tiri.

“Bapa dia (arwah) beritahu saya pagi tadi yang cucu sudah mati kena tembak di Siam,” katanya.

Menurutnya, cucunya itu sangat rapat dengannya kerana dia memelihara arwah sejak berusia dua bulan selepas ibu bapanya bercerai.

“Saya memeliharnya sejak kecil namun saya sangat sedih selepas menerima berita kematiannya yang ditembak ketika berada di Thailand.

“Bagaimanapun, saya tetap reda dengan pemergian arwah kerana mungkin itu sudah ajalnya,” katanya yang sebak ketika menceritakan kejadian itu di rumahnya di Kuala Sungai Pinang, di sini, hari ini.

Mohd Nizam ditemui mati ditembak ketika menunggang motosikal ke hotelnya di pekan Hatyai di Thailand 3 pagi, tadi.

Mayat mangsa ditemui terbaring dengan kesan tembakan di dada dan punggung di Jalan Phadungpakdee.

The post Rasa Tidak Sedap Hati Petanda Cucu Pergi Selama-Lamanya appeared first on WOWBERITA.ORG.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997