Seorang pemilik kedai emas cedera parah terkena dua das tembakan dalam kejadian di Jalan Lebuh Ampang jam 9.30 pagi tadi, lapor Utusan Online.
Mangsa dikenali sebagai Abdul Razak, 55, terkena dua das tembakan di bahagian bahu dan perut ketika cuba menghalang empat lelaki yang cuba merompak kedainya.
Penjenayah berkenaan bagaimana pun gagal melarikan barang kemas setelah berlaku pergelutan dengan mangsa.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa.