Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Lebih Banyak Tonton Porno, Lebih Kuat Pegangan Agama

$
0
0

Menonton bahan lucah lebih kerap boleh mengukuhkan lagi pegangan agama seseorang daripada mereka yang jarang-jarang menontonnya.

Seorang penyelidik Universiti Oklahoma percaya gejala ini terjadi apabila seseorang “berasa berdosa” dan melakukan lebih kegiatan agama, lapor portal The Independent hujung minggu lalu.

Samuel Perry, ahli sosiologi dan kajian agama, menganalisis data daripada 1,314 warga Amerika Syarikat dalam tempoh lebih enam tahun, mulai 2006.

“Mereka yang menonton pornografi paling kerap nampaknya lebih beragama, dari segi kekerapan berdoa dan hadir sesi ibadat berbanding mereka yang kurang menggunakan bahan lucah,” katanya kepada portal Britain itu.

“Secara khusus, mereka yang menonton bahan lucah setiap minggu atau lebih kerap pada tahun 2006 dilaporkan lebih banyak berdoa dan menghadiri aktiviti ibadat pada 2012 jika dibandingkan mereka yang menggunakan pornografi sebulan sekali atau kurang.”

Kajian beliau, yang diterbitkan dalam Journal of Sex Research, mendapati mereka yang tidak pernah menonton bahan lucah yang paling warak dan paling sedikit meragui pegangan agama.

Umumnya, mengikut kajian Perry lagi, menonton pornografi beberapa kali sahaja dalam sebulan menjadikan seseorang itu kurang kuat beragama dari semasa ke semasa.

Namun, apabila seseorang menggunakan lebih kerap bahan lucah, yakni seminggu sekali atau lebih kerap lagi, kesedaran beragama tiba-tiba menjadi semakin kuat pula.

Menjelaskan gejala ganjil ini, lapor portal itu lagi, beliau berhujah mereka yang terlalu kerap menonton bahan lucah mungkin rasa berdosa dan bertaubat selepas itu.

Perry juga menegaskan kajiannya tidak mendapati agama menyebabkan seseorang menggemari pornografi tetapi peminat tegar bahan itu mungkin ke gereja lebih kerap daripada yang dijangkakan.

Sementara portal Daily Mail pula melaporkan kajian pada 2014 menunjukkan seseorang yang beragama lebih cenderung menggunakan bahan lucah.

Negeri-negeri di selatan tengah dan tenggara Amerika Syarikat, yang mendapat jolokan “lingkaran Bible,” kerap mencari bahan-bahan pornografi melalui enjin carian Google.

Kesimpulan itu diperolehi penyelidik di Universiti Brock di Ontario, Kanada yang meneliti data-data daripada Google Trends selama dua tahun negeri-negeri di Amerika Syarikat.

Berbanding mereka yang dianggap “liberal”, golongan beragama konservatif dan pandangan politik aliran konservatif lebih kerap mencari bahan-bahan seperti “gay sex, free porn atau XXX.”

The post Lebih Banyak Tonton Porno, Lebih Kuat Pegangan Agama appeared first on WOWBERITA.ORG.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997