Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

(Video) Lelaki Tendang Isteri Dalam Pantang Dikecam Netizen

$
0
0

Hatinya tidak ubah seperti binatang apabila sanggup menendang seorang wanita dipercayai isterinya yang masih berpantang selepas melahirkan anak kedua dalam kejadian di sebuah premis dobi layan diri di Jalan Wong Ah Jang, Kuantan.

Perbuatan dayus lelaki itu bagaimanapun dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan sebelum dimuat naik ke Facebook (FB) dan menjadi viral sejak kelmarin.

Video berdurasi kira-kira seminit itu mendapat kecaman dan kutukan netizen terutama kaum wanita yang menganggap tindakan lelaki itu tidak berperikemanusiaan dan ganas.

Dalam kejadian dipercayai berlaku antara jam 4 hingga jam 5 petang itu, difahamkan suspek berusia lingkungan 30 tahun bertindak demikian selepas tidak berpuas hati dengan isterinya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila suami mangsa yang berada di depan premis membaling bakul plastik ke arahnya sebelum masuk dan menendang pinggang wanita berkenaan hingga mengakibatkan lelaki itu turut terjatuh kerana terpijak baju di atas lantai.

Selepas perbuatan kejam lelaki itu, anak mangsa datang memeluk ibunya yang sedang menahan kesakitan di bahagian pinggang.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis sudah bertemu dengan wanita berusia lingkungan 20-an itu dan mengambil keterangan daripadanya untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.

“Saya sudah tonton video yang berdurasi selama seminit itu dan melihat sendiri bagaimana kejadian itu berlaku, namun mangsa enggan membuat laporan kerana tidak mahu polis mengambil tindakan terhadap suaminya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, polis tidak dapat memastikan punca kejadian itu dan akan merujuk kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk tindakan selanjutnya bagi memastikan suami mangsa mendapat hukuman atas perbuatan dilakukan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997